BINTANG ternama Hollywood, Tom Hanks dan isterinya Rita Wilson disahkan positif jangkitan koronavirus (Covid-19)
Berita itu disahkan sendiri Hanks melalui satu muat naik di Instagram.
![]() |
Muat naik Hanks di Instagram |
Hanks melalui perkongsian di laman Instagram memberitahu, bahawa mereka mengalami simptom keletihan dan sakit badan selain selesema.
Susulan itu jelasnya, beliau dan isteri akan dipantau dan dikuarantin untuk tempoh yang lama dengan sepanjang tempoh itu langkah-langkah keselamatan seperti yang dinasihatkan oleh pengamal perubatan akan diambil.
Sebagai rekod, Australia kini mencatat sekurang-kurangnya 127 kes positif jangkitan COVID-19 dengan tiga kematian.
0 Comments