Jawatan timbalan menteri tak sesuai untuk Presiden - PDP


KETIADAAN nama Presiden  Parti Demokratik Progresif (PDP) Tiong King Sing dalam senarai 38 timbalan menteri yang mengangkat sumpah jawatan  baru-baru ini menimbulkan tanya tanya.

Namun semuanya terjawab apabila Setiausaha Agung PDP, Nelson Balang Rining mengesahkan Tiong, 58, menolak lantikan jawatan Timbalan Menteri Perpaduan Negara.

Menurut Nelson, perlantikan itu ditolak kerana jawatan berkenaan tidak sesuai memandangkan Ahli parlimen Bintulu itu ialah seorang Presiden.

"Kedudukan beliau sangat kanan dalam parti. Jawatan ini (timbalan) tidak sesuai dengan kedudukannya sebagai presiden parti," katanya dipetik satu laporan media.

Keputusan menolak lantikan itu tambahnya dibuat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PDP.

Sebagai rekod, PDP merupakan antara parti yang membentuk Gabungan Parti Sarawak (GPS), yang menyokong kerajaan pimpinan Muhyiddin.

Kabinet diumumkan Muhyiddin baru-baru ini dilihat rapuh.

Presiden Parti Bersatu itu sebelum ini melantik empat menteri kanan tanpa lantikan Timbalan Perdana Menteri.

Baru-baru ini, beberapa Ahli Parlimen tampil mempertikai lantikan individu ke dalam kabinet pentadbiran Muhyiddin yang dakwa mereka meminggirkan kepentingan masyarakat tertentu dan tidak mencerminkan komposisi parti dalam gabungan dibentuk Ahli Parlimen Pagoh itu.
 

Post a Comment

0 Comments