Koronavirus kini pendemik global - WHO


PERTUBUHAN
Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan koronavirus (Covid-19) sebagai pandemik.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata virus berkenaan telah menjangkiti lebih 118,000 orang di 114 negara dan meragut 4,291 nyawa, setakat ini, malah angka terbabit dijangka terus meningkat.

Secara umum, pandemik bermaksud wabak penyakit yang tersebar dengan begitu meluas merentasi sempadan, malah hingga ke seluruh dunia dan keadaannya kini menurut WHO adalah sangat membimbangkan.

“Kami sangat khuatir dengan tahap penularan dan keadaan wabak ini yang teruk, serta tindakan tidak mencukupi yang membimbangkan

“Sehubungan itu, kami telah membuat penilaian bahawa COVID-19 boleh disifatkan sebagai satu pandemik,” katanya di petik laporan berita.

Dalam perkembangan berkaitan, Sirim Berhad mengesahkan seorang pekerjanya di ibu pejabat di Shah Alam positif Covid-19 pada Selasa.

Syarikat itu berkata, mereka sudah mengambil langkah pencegahan dan proaktif bagi mengelakkan sebarang risiko penularan virus itu, walaupun pejabat lain belum terjejas.

“Pekerja yang berhubung rapat dengan petugas itu menjalani kuarantin diri selama 14 hari.

“Kami akan terus kekal berhati-hati dengan ancaman Covid-19 serta mengambil langkah perlu bagi menjaga kepentingan petugas, pelanggan dan pemegang saham kami,” kata Sirim dalam kenyataan.

Post a Comment

0 Comments