UNIVERSITI Teknologi Mara mengambil langkah proaktif membendung penularan gelombang kedua wabak koronavirus (Covid-19) dengan menangguhkan istiadat konvokesyen ke-92.
Memetik laporan media, penagguhan itu dibuat mengambil kira nasihat Kementerian Kesihatan semalam dan ia berkuat kuasa serta-merta dan melibatkan istiadat di UITM Shah Alam dan kampus cawangan universiti itu.
Difahamkan, langkah tersebut diambil bagi memastikan kesihatan dan keselamatan warganya selepas Covid-19 diisytiharkan pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia hari ini.
Sementara itu, setakat semalam jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 meningkat kepada 158 kes.
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Noor Hisham Abdullah berkata, setakat semalam 9 kes baharu dikesan dan kementeriannya kini dalam proses mengesan hubungan semua kes baru dengan pesakit sedia ada.
“Daripada sembilan kes (baru), satu mempunyai hubungan dengan kes kluster pertama, kes 26 dan kes 33.
“Yang lain merupakan orang disyaki (PUI) dan mempunyai hubungan dengan kes 131 yang baru ini,” katanya kepada pemberita di Putrajaya.
0 Comments