KERAJAAN negeri Perak yang dipimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) runtuh setelah berlaku kekalutan politik mengejutkand alam negara baru-baru ini.
Hari ini, rakyat di negeri itu berkemungkinan akan ditadbir kerajaan baharu. Namun persoalan siapa yang bakal mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-13 masih tidak diketahui.
Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dalam satu kenyataan media semalam memaklumkan bahawa Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah perkenan supaya Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perak Darul Ridzuan diadakan jam 3 petang di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar petang ini.
Sultan Nazrin pada Khamis menerima menghadap beberapa pemimpin politik Perak di Istana Kinta.
Difahamkan, tiga nama dipersembahkan bagi dipertimbangkan Sultan untuk dilantik sebagai Menteri Besar.
Mereka ialah Pengerusi Perhubungan UMNO Perak yang juga ADUN Kota Tampan, Shaarani Mohamad serta Pesuruhjaya Pas Perak yang juga ADUN Semanggol, Razman Zakaria.
Bekas Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu juga seorang daripada mereka., namun siapa yang bakal dilantik masih kekal tidak diketahui.
Bagaimanapun, pemimpin HARAPAN yang mandatnya dirampas melalui kekalutan politik baru-baru ini mengambil sikap terbuka.
Mereka berikrar untuk terus menabur jasa kepada rakyat negeri Perak walaupun bukan lagi bergelar pemimpin kerajaan.
ADUN Manjoi, Datuk Asmuni Awi berkata pihaknya menyatakan kesediaan untuk menjadi pembangkang yang baik di Perak serta menghormati titah Sultan Perak.
0 Comments