Tun M bukan lagi anggota HARAPAN


BEKAS
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lagi dianggap anggota Pakatan Harapan (HARAPAN).

Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkara itu pada sidang akhbar di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya siang tadi.

"Sekarang sehingga hari ini, dia (Dr Mahathir) bukan lagi anggota HARAPAN. Tapi kita buka untuk rundingan di mana dia ada menjemput untuk berjumpa dengan beberapa orang daripada kita hari ini," katanya.

Sehubungan itu juga, Anwar menegaskan bahawa komponen HARAPAN tetap terikat dengan janji kepada rakyat biarkan gabungan itu bukan lagi kerajaan di persekutuan. Beliau turut menganggap individu yang memungkiri serta mengkhianati janji itu sebagai tidak telus dan jujur dalam perjuangan.

HARAPAN kini bersedia menghadapi sebarang kemungkinan sama ada di kalangan rakyat, Dewan Rakyat atau pun berdepan pilihan raya umum.

"Kita sebagai parti tetap pertahankan Islam, bangsa Melayu dan merangkul semua kaum dan suku lain di negara ini.

"Saya harap ini jelas walaupun ia bermakna mengorbankan kedudukan dan tidak menjadi Perdana Menteri seperti yang diuar-uarkan sekian lama.

"Saya tidak gundah kerana saya rasa perjuangan politik ini, etika dan moral mengatasi bukan pengkhianatan," tegasnya.

Post a Comment

0 Comments