Tiga kes baharu dikesan di Sarawak


TIGA individu disahkan positif virus koronavirus (Covid-19) di Sarawak semalam.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, Douglas Uggah Embas 2 daripada mereka merupakan menyertai ijtimak tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur dari 27 Feb hingga 1 Mac lepas.

Seorang lagi yang disahkan sebagai pesakit ke-3 pula merupakan seorang ahli keluarga salah seorang pesakit terbabit.

Tambahnya, setakat kini, 173 daripada 236 peserta ijtimak tabligh itu sedang menjalani kuarantin di rumah, manakala 63 lagi diklasifikasikan sebagai pesakit dalam siasatan.

Pihak kesihatan negeri itu juga jelasnya turut sedang mengesan individu lain yang menghadiri ijtimak  tersebut.

“Kami akan terus mengesan baki individu terbabit dan kami merayu semua yang menghadiri ijtimak itu segera menghubungi hospital berdekatan untuk siasatan Covid-19,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Doglas Unggah turut menasihatkan penduduk menagguhkan perancangan perjalanan mereka bagi memastikan wabak tersebut tidak merebak.

“Semua perjalanan tidak perlu ke Brunei Darussalam, Sabah dan Semenanjung perlu ditangguh atau ditunda.

“Pengunjung dari Brunei Darussalam, Sabah dan Semenanjung turut dinasihatkan menangguh atau menunda perjalanan ke Sarawak.” tambahnya.
 

Post a Comment

0 Comments