PENGASAS bersama Microsoft Corp, Bill Gates mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli lembaga pengarah syarikat gergasi teknologi itu.
Menurut kenyataan syarikat itu, Gates atau nama sebenarnya William Henry Gates III 64, meletakkan jawatan itu pada Jumaat kerana mahu mendedikasikan lebih banyak masa kepada isu kesihatan dunia, pendidikan dan perubahan iklim.
Senagai rekod, Microsoft ditubuhkan pada lewat 70-an. Pada 20 November 1985, Microsoft mengeluarkan versi runcit pertama Microsoft Windows yang asalnya berbentuk sambungan grafik untuk sistem MS-DOS.
Selain peletakkan jawatan ahli lembaga pengarah Microsoft, Gates juga meletak jawatan sebagai ahli lembaga pengarah Berkshire Hathaway Inc milik Warren Buffett yang dipikulnya sejak 2004.
Lelaki itu merupakan antara yang terkaya di dunia dengan nilai harta mencecah AS$100 bilion (RM430 bilion).
0 Comments