KADAR pengangguran ketika era pemerintahan Pakatan Harapan (HARAPAN) mencatat penurunan.
Menurut Jabatan Perangkaan, pada Januari 2020 kadar pengangguran turun kepada 3.2 peratus berbanding 3.3 peratus berbanding Disember 2019.
“Pada Januari 2020, bilangan penganggur seramai 511,700 orang, turun 1.0 peratus berbanding bulan sebelumnya,” kata Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan.
Sebagai rekod, kerajaan Harapan yang ditumbangkan melalui apa yang dianggap sebagai ' pengkhianatan' sebelum ini mengetengahkan empat fokus utama penyelesaian berkaitan isu pekerja.
Melalui manifestonya, mereka mahu mewujudkan Jawatankuasa Manifesto dan Dasar Pakatan Harapan bagi mengatasi masalah pengangguran melibatkan anak muda di negara ini.
Sementara itu menurut Mohd Uzir, berdasarkan Statistik Utama Tenaga Buruh, Malaysia, kadar penyertaan tenaga buruh pada Januari 2020 meningkat 0.3 mata peratus berbanding bulan yang sama tahun lepas.
“Pada tempoh yang sama, penduduk bekerja turut meningkat 2.2 peratus kepada 15.32 juta orang,” katanya.
0 Comments