SETELAH berperang menangani koronavirus (Covid-19) sejak awal Januari lalu, China hari ini mencatatkan hari ketiga tanpa kes jangkitan baharu domestik di negara itu.
Agensi berita antarabangsa BBC yang memetik Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan melaporkan, hanya 41 kes jangkitan dikesan di negara itu dan ia melibatkan kes jangkitan dari luar negara.
Wilayah Hubei yang menjadi pusat penularan wabak tersebut pula tidak mencatatkan kes-kes baharu.
Sehingga kini, China masih mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 81,385 dengan 3,255 kematian direkodkan, manakala 71,292 daripadanya sembuh sepenuhnya.
Bagaimanapun, Itali mencatatkan jumlah kematian lebih tinggi berbanding China. Setakat kini lebih 4,000 kematian telah direkodkan.
0 Comments