Pola jangkitan di M'sia serupa Itali - Penyelidik


POLA
kes jangkitan koronavirus (Covid-19) dicatatkan di Malaysia sama dengan tempoh awal krisis sama di Itali, kata satu badan penyelidik.

Memetik laporan FMT,  Pusat Penyelidikan untuk Kemajuan Masyarakat (Refsa) berkat, walaupun umlah peningkatan kes baru lebih kecil, namun banyak daripada masih belum dikesan dan disaring.

“Bagi menghindari peningkatan mendadak kes, amalan jarak sosial dan terus berada di rumah sangat penting bagi mendatarkan keluk (jangkitan) sebelum terlambat.
Carta perbandingan oleh REFSA


Kita mesti mengambil semua langkah bagi menghalang Malaysia mengikuti ‘jalan Itali’,” kata Refsa dalam satu hantaran di Facebook.

Pada 20 Mac, Malaysia mencatatkan 1,030 kes, iaitu kira-kira seminggu selepas kerajaan melaporkan “gelombang kedua” pandemik Covid-19.

Ini menyerupai pengalaman Itali, yang mencatatkan angka jangkitan sebanyak 1,694 kes pada 1 Mac, juga kira-kira seminggu selepas melaporkan pertambahan mendadak kes koronavirus pada 23 Feb.

Refsa sementara itu menerbitkan satu carta yang membandingkan jumlah kes Covid-19 yang dicatatkan di negara ini dan juga Itali.
 

Post a Comment

0 Comments