MALAYSIA mencatatkan kematian ketiga membabitkan pesakit dijangkiti wabak koronavirus (Covid-19).
Pengesahan itu dibuat sendiri Kementerian Kesihatan seperti dilapor media.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata korban ialah pesakit ke-152, yang merupakan lelaki tempatan berusia 58 tahun.
Pesakit itu jelasnya adalah sebahagian daripada kluster jemaah Tabligh.
"Dukacita dimaklumkan bahawa Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan telah menerima laporan satu kematian Covid-19 pada hari ini iaitu pada jam 6.27 petang.
"Menjadikan jumlah keseluruhan kematian Covid-19 setakat ini tiga kes," katanya dalam kenyataan.
Sebelum ini dua kematian membabitkan seorang pesakit di Sarawak dan Johor.
0 Comments