Pesawat bantuan perubatan meletup ketika berlepas


SEBUAH
pesawat dalam misi pemindahan perubatan ke Jepun, meletup ketika mahu berlepas dari lapangan terbang di Manila awal pagi tadi.

Menurut laporan Agensi berita antarabangsa, kesemua lapan penumpang dan kru penerbangan yang berada dalam pesawat itu terkorbang dalam kemalangan tersebut.

Pihak berkuasa lapangan terbang dalam satu kenyataan berkata, pesawat Westwind yang sedang berlepas ke Lapangan Terbang Haneda itu membawa enam kru warga Filipina.

Pesawat itu juga membawa dua penumpang membabitkan masing-masing seorang warga Amerika dan Kanada.

Katanya, anggota bomba berkejar ke hujung landasan di mana pesawat itu dijilat api yang marak, dan berusaha memadamkan kebakaran terbabit menggunakan buih kimia.

“Malangnya, tiada di dalam pesawat itu yang selamat,” kata Pengurus Besar Lapangan Terbang Manila, Ed Monreal, pada sidang media.

Susulan kejadian itu, landasan terbabit ditutup, manakala penyiasat tiba di lokasi untuk menentukan punca insiden berkenaan.

Sementara itu, Senator dan Ketua Palang Merah Filipina, Richard Gordon, pula memaklumkan melalui Twitter bahawa pesawat terbabit membawa tiga personel perubatan, tiga kru penerbangan, seorang pesakit serta seorang pengiring.

Post a Comment

0 Comments