PENTADBIRAN Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah kawalan pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April ini.
Lanjutan perintah itu dibuat setelah trend semasa menunjukkan kes positif direkodkan berkaitan penularan wabak koronavirus (Covid-19) masih gagal dikawal.
"Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Saya memaklumkan pelanjutan tempoh ini lebih awal supaya saudara saudari lebih bersedia," katanya.
Sebelum ini berlaku tindakan pembelian panik apabila pentadbiran Muhyiddin mengumumkan perintah peringkat pertama yang sepatutnya berakhir pada hujung bulan ini.
Tindakan orang ramai yang berpusu-pusu ke pasaraya bagi membeli barangan keperluan dan pulang ke kampung dikhuatiri menyebabkan wabak tersebut menular kepada individu lain.
Sementara itu, individu yang telah pulang ke kampung halaman sebelum ini diingatkan untuk kekal di tempat mereka berada dan tidak pulang ke ibu kota.
0 Comments