Penyokong HARAPAN demo depan pejabat bekas Exco


LEBIH
100 penyokong parti DAP berhimpun di hadapan Pusat Khidmat DUN Tronoh semalam bagi membantah tindakan wakil rakyat Tronoh, Paul Yong Choo Kiong meninggalkan Pakatan Harapan (HARAPAN)

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, berkata pihaknya menerima laporan berkaitan tunjuk rasa itu kira-kira jam 10 pagi sehingga jam 10.30 pagi dengan 50 penyokong Choo Kiong pula berada di dalam pejabat DUN berkenaan.

Bagaimanapun difahamkan, Choo Kiong, bekas Exco kerajaan negeri yang sebelum ini dikaitkan dengan tuduhan rogol pembantu rumah warga Indonesia tiada di pejabatnya.

“Bagaimanapun, perhimpunan dibuat secara aman bagi kedua-dua pihak dan polis berjaya mengawal keadaan tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku,” katanya dipetik satu laporan.

Susulan insiden itu tegasnya, pihak polis akan menjalankan siasatan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana gagal memberikan notis pemberitahuan kepada pihak polis sebelum mengadakan sesuatu perhimpunan.

Terdahulu, DAP memecat 3 Adunnya di Perak dan Melaka yang menyokong Perikatan Nasional.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Chong Chieng Jen berkata, mereka ialah Choo Kiong dan Adun Buntong, A Sivasubramaniam dari Perak, serta Adun Pengkalan Batu di Melaka, Norhizam Hassan Baktee.

Yong dan Sivasubramaniam mengumumkan keluar parti, manakala Norhizam menyokong gabungan baharu yang membentuk kerajaan negeri di Melaka.

Post a Comment

0 Comments