AMERIKA SYARIKAT (AS) telah mencatatkan lebih 100,000 kes positif COVID-19, menurut data yang dikumpulkan oleh Johns Hopkins University (Johns Hopkins).
Agensi berita antarabangsa AFP dalam laporanya berkata, angka tersebut dicatat sehingga jam 9.45 malam Jumaat mengikut waktu tempatan.
Kluster tertinggi di negara kuasa dunia setakat ini adalah New York yang mencatatkan lebih separuh daripada kes.
Kadar kematian AS berdasarkan kes yang disahkan adalah 1.5 peratus, berbanding 10.5 peratus di Itali.
Bagaimanapun menurut AFP, ia mungkin terus meningkat jika bandar atau negeri lain mengalami catatan kes seperti New York, yang menyaksikan lebih 500 kematian dan mengalami kekurangan katil hospital, kelengkapan perlindungan diri peribadi (PPE) dan ventilator.
Profesor Dasar Kesihatan Havard, Thomas Tsai, berkata peningkatan kes dapat dilihat menerusi pertambahan bilangan pesakit dimasukkan ke hospital serta dipantau di unit rawatan rapi (ICU).
"Kita sedang melihat pertambahan kes, peningkatan jumlah pesakit dimasukkan ke hospital, ke ICU serta pesakit yang diberikan bantuan mesin ventilator.
"Malangnya, kadar kematian itu semakin menyamai corak pertambahan kes New York, yang mungkin dicapai dalam beberapa hari atau minggu," katanya dipetik laporan itu.
0 Comments