SEORANG lelaki ditemukan mati dipercayai lemas pagi di Klang semalam.
Mangsa berusia 35 tahun yang tidak dinamakan itu sebelumnya dipercayai terjatuh dari Jambatan Connaught pada pagi Selasa.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan insiden itu pada 9.02 pagi Selasa dan melancarkan operasi mencari dan menyelamat mangsa.
"Sebaik menerima maklumat, sebuah jentera bersama 15 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Raja, BBP Andalas, BBP Pelabuhan Klang dan BBP Shah Alam dikejarkan ke lokasi.
“Kerja-kerja mencari mangsa dilakukan anggota BBP Kota Raja dan unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Shah Alam. Operasi menyelamat ditanggungkan pada jam 6.30 petang semalam," katanya.
Susulan operasi dijalankan, mayat mangsa telah ditemukan pagi semalam kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.
Menurut Hafizham lagi, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
0 Comments