SEORANG pengurus syarikat pembinaan cedera parah selepas dipercayai ditembak menggunakan senjata api petang semalam.
Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, siasatan awal mendapati mangsa sebelumnya melakukan aktiviti memancing di hadapan kedai sebuah kedai di Paradom Sibu, sebelum diganggu oleh seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental.
“Berdasarkan maklumat awal, mangsa memukul lelaki terbabit (lelaki yang mengalami masalah mental).
“Sebelum sekumpulan lelaki datang ke tempat tersebut bersama tiga buah kenderaan dipercayai rakan lelaki terbabit.
“Salah seorang daripada mereka terus menembak mangsa sebelum melarikan diri,” katanya dipetik.
Tambah Stanley, mangsa yang cedera akibat serangan itu memandu sendiri kenderaanya ke salah sebuah pusat perubatan swasta di sini untuk mendapatkan rawatan.
Difahamkan, mangsa tersebut kini berada dalam keadaan stabil, pihak polis tambahnya sedang menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
0 Comments