Berita Al-Qardawi meninggal dunia palsu


INFORMASI
berkaitan status ulama terkenal dunia, Sheikh Dr Yusof Al-Qardawi yang tular semalam palsu.

Pejabat Dr Yusof Al-Qardawi dalam satu kenyataan menafikan berita kematian bekas Ketua Kesatuan Ulama Sedunia itu.

menurut kenyataan tersebut, ulama berusia 93 tahun itu masih berada di pejabat dan melakukan aktiviti harian dalam keadaan sihat.

"Sesungguhnya berita yang tersebar itu dalam beberapa jam yang lepas di Twitter dinafikan," katanya.

Berita palsu itu sebelumnya mula tular di aplikasi sosial Twitter.

Syeikh al-Qaradawi dilahirkan di Mesir pada tahun 1926. Beliau mengaji al-Quran ketika beliau berusia kurang 10 tahun dan kemudiannya menyertai Institusi al-Azhar pada peringkatan sekolah rendah dan menengah.

Pada tahun 1960, beliau memperolehi Kajian Saringan Tinggi yang bersamaan dengan ijazah MA daripada Bahagian Sains al-Quran dan Hadis di Fakulti Teologi. Pada tahun 1973, beliau memperolehi ijazah PhD dengan hujahnya mengenai Az-Zakah fi Hal al-Mushlikat al-Ijtima'iyya (Zakat dan Pengaruhnya dalam Penyelesaian Masalah Sosial). 

Di Malaysia, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai hubungan peribadi yang akrab dengan ulama disegani dunia itu.
 

Post a Comment

0 Comments