Aziz Bari khuatir PN Perak tak tahan lama


KERAJAAN
tanpa manifesto dan tiada panduan mentadbir mengikut acuan tertentu dikhuatiri tidak dapat bertahan lama.

Pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari berkata begitu sebagai mengulas pembentukan kerajaan Perak baharu melalui Perikatan Nasional

Memetik laporan sebuah portal, Dr Abdul Aziz berkata, walaupun kerajaan pintu belakang itu sah dari segi undang-undang, namun dari segi politiknya, ia tidak mendapat mandat rakyat.

"Pakatan Harapan (HARAPAN) akan terus memainkan peranan sebagai pembangkang sebab kita menjangka bahawa kita mempunyai alasan atau hujah moral kuat menjadi kerajaan dan kita yakin kerajaan yang ada ini takkan lama," katanya dipetik Sinar.

Sementara itu, ketika mengulas pelantikan semula Ahmad Faizal sebagai Menteri Besar Perak, Abdul Aziz berkata ia merupakan prerogatif Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Sultan jelasnya mempunyai pelbagai pertimbangan sebelum pelantikan tersebut dibuat bagi memastikan kestabilan politik, selain melihat jumlah kerusi DUN majoriti yang mungkin tidak mampu bertahan lama.

"Dalam hal ini, saya fikir mereka yang lari daripada PH menyertai Perikatan Nasional adalah mereka yang dianggap penting untuk memastikan bahawa kerajaan negeri yang ada sekarang ini kekal ataupun dapat mengekalkan majoriti ini.

"Jadi di situ mungkin pertimbangan yang diambil kira dalam meletakkan Ahmad Faizal dilantik sebagai Menteri Besar Perak," jelasnya.

Tambah Dr Abdul Aziz,  walaupun UMNO memiliki kerusi DUN melebihi parti itu, mengambil kira situasi politik semasa, ia bukan satu-satunya kriteria utama untuk melantak Menteri Besar di kalangan wakil parti itu.

Post a Comment

0 Comments