MALAYSIA mencatat satu lagi kematian berkaitan koronavirus (Covid-19) hari ini.
Setakat tengahari Khamis, jumlah kumulatif kes kematian akibat wabak itu di Malaysia meningkat kepada 21 orang.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan mangsa tersebut ialah lelaki yang direkodkan sebagai kes 1,588. Mangsa mempunyai sejarah penyakit kronik.
Mangsa yang berusia 63 tahun mula bergejala dan hadir menjalani saringan pada 22 Mac dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, selepas disahkan positif pada 23 Mac.
"Beliau merupakan peserta perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling.
"Semasa rawatan, kesihatannya merosot dan meninggal dunia pada 26 Mac pada pukul 4 pagi. Kementerian Kesihatan mengucapkan takziah kepada keluarga," kata Noor Hisham di laman Facebooknya.
Malam tadi, satu kes kematian dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan.
Ia membabitkan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 76 tahun yang juga menghadiri perhimpunan di Petaling Jaya.
Mangsa yang merupakan kes ke-780 sebelum ini dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, Kelantan mulai 18 Mac 2020 lalu.
Jenazahnya dibawa ke tanah perkuburan Islam Gong Manok, Pasir Puteh jam 9 malam untuk dikebumikan dengan diiringi petugas kesihatan yang berpakaian lengkap dengan peralatan perlindungan peribadi (PPE).

0 Comments