KELAYAKAN Dr Ting Tiong Choon sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut dibatalkan.
Keputusan itu dibuat setelah Mahkamah Persekutuan membenarkan keputusan dibuat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
Menurut akhbar Borneo Post, Persekutuan memutuskan DUN mempunyai kuasa untuk membatalkan kelayakan Tiong Choon kerana beliau mempunyai dua kerakyatan iaitu Malaysia dan Australia meskipun melepaskan satu daripadanya sebelum bertanding pada pilihan raya negeri yang lalu.
Mahkamah Persekutuan pada 25 Julai lalu membenarkan permohonan DUN Sarawak untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan atas pelucutan status Tiong Choon.
Pada 12 Mei 2017, Tiong Choon dilucutkan statusnya sebagai ADUN selepas Soon Koh yang ketika itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan e-Dagang Sarawak membentangkan satu usul dalam DUN. Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan itu pada 13 Julai dengan alasan DUN melangkaui kuasanya apabila melucutkan Tiong Choon sebagai wakil rakya
Ke itu kemudiannya dibawa ke Mahkamah Persekutuan, selepas Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Kuching menolak pelucutan status Ting sebagai ADUN Pujut.
Pada pilihan raya negeri Sarawak 2016, Tiong Choon yang mewakili DAP memenangi pertandingan empat penjuru di DUN Pujut dengan majoriti 1,759 undi, menewaskan Hii King Chiong (BN), Jofri Jaraiee (Pas) dan Fong Pau Teck (Bebas).
0 Comments