DIANGGARKAN lebih 1,000 ekor babi di Bali, Indonesi dilaporkan mati secara misteri, ekoran penyakit yang masih belum dikenal pasti.
Bangkok Post dalam laporan yang memetik pihak berkuasa berkata, secara keseluruhan, hampir 50,000 babi telah mati di seluruh utara Sumatera sejak beberapa bulan lalu, namun punca kejadian itu masih belum dikenal pasti dan tidak dapat disahkan sehingga keputusan ujian makmal diperolehi.
Menurut Agensi Pertanian dan Makanan Keselamatan Bali berkata, sebanyak tujuh daerah terkesan dengan wabak misteri itu dengan daerah Bandung mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 598 kematian babi, diikuti Tabanan (219), Denpasar (45), Gianyar (24), Bangli (1) dan Karangasem (1).
Para peladang haiwan mendakwa kejadian itu berlaku mungkin disebabkan oleh penularan Demam Babi Afrika (ASF).
Ketua ketua Pusat Penyelidikan Veterinar Denpasar, Wayan Masa Tenaya turut mengesyaki ASF sebagai punca kepada kematian misteri itu.
"Walaupun masih belum dipastikan, Ketua Pertubuhan Penternak Babi Bali (GUPBI) Ketut Hari Suyasa berkata kejadian itu berkait rapat dengan ASF.
“Semua babi yang terkesan mempunyai simptom yang sama.
“Bagaimanapun, kami mengesyaki ia adalah ASF, walaupun kesemua babi itu telah divaksinkan,” katanya.
BACA: Selepas koronavirus, China diserang H5N1
Tambah beliau, persatuan itu akan berusaha sebaik mungkin untuk mencegah penyebaran penyakit itu.
“Setakat ini, kami masih belum mendapat keputusan makmal. Apa yang penting adalah kerja-kerja mengawal penyakit itu daripada terus menular,” katanya sambil menjelaskan ada tiga penyakit yang biasa dikaitkan dengan haiwan ternakan iaitu septikemia epizootica, babi kolera dan streptococcus suis.
0 Comments