CADANGAN Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad untuk melaksana semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah menyebabkan kerajaan dikritik.
Siang tadi, gabungan beberapa pertubuhan pejuang bahasa Melayu hari ini tampil menentang cadangan pelaksanaan semua dasar itu.
Prof Wan Ramli Wan Daud yang juga Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) berkata, berbanding kenyataan Dr Mahathir terbukti penguasaan pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik menunjukkan peningkatan apabila ia diajar semula dalam bahasa kebangsaan.
Pencapaian itu jelasnya lagi terbukti melalui data dalam Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) dan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (Pisa).
"Prestasi murid Malaysia dalam TIMSS berada di atas purata dunia pada 1999 dan 2003, tetapi menjunam hampir 100 mata di bawah purata dunia pada 2007, 2011 dan 2015.
"Prestasi 2015 naik sedikit kerana PPSMI sudah dimansuhkan pada 2012.
"Kami dengan ini menggesa perdana menteri membatalkan rancangan melaksanakan PPSMI dan Progrm Dwibahasa (DLP) dengan serta-merta," katanya pada sidang media GMP di di Kuala Lumpur yang turut dihadiri Sasterawan Negara ke-14, Prof Dr Siti Zainon Ismail bersama 11 pertubuhan lain.
Sementara itu, Setiausaha Agung Gabungan Bertindak Malaysia (GBM), Stanley Yong menegaskan bahawa pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda di sekolah akan lebih memudahkan kedua-dua belah pihak, iaitu guru dan pelajar.
"Kita tak patut membebankan pelajar dengan menguasai bahasa Inggeris (di dalam subjek lain)," katanya sambil disokong Naib Presiden Yayasan Tamil, Supramaniam Tamasamy.
Dalam perkembangan sama, Seorang bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengingatkan Dr Mahathir tentang Dasar Pandang Ke Timur yang diperkenalkannya.
Mengikut dasar itu, Awang Sariyan berkata Malaysia perlu maju mengikut acuan tersendiri, termasuk penggunaan bahasa kebangsaan dalam pendidikan.

0 Comments