KPN gesa rakyat jalani aktiviti harian seperti biasa


PIHAK
berkuasa Polis memberi amaran agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan berita palsu mengenai keadaan politik negara sehingga menggugat ketenteraman awam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador semalam dipetik berkata, mana-mana pihak yang cuba menimbulkan keadaan kecoh susulan perkembangan politik semalam akan dikenakan tindakan. 

Bagaimanapun tambah Abdul Hamid, ketika ini keadaan masih terkawal dan pihaknya tidak menerima sebarang ancaman atau isu yang boleh menyebabkan keadaan huru-hara.

Sambil menggesa orang ramai menjalankan aktiviti harian seperti biasa, Abdul Hamid memberi jaminan bahawa pasukan polis akan sentiasa  memantau keadaan keselamatan bagi memastikan ketenteraman negara terjamin.

“Proses demokrasi sedang berjalan dengan baik. Saya minta semua bersabar termasuk pemimpin parti politik, penyokong dan orang ramai,” katanya semalam.

Susulan perkembangan tidak menentu semalam, Abdul Hamid menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Ia bagi menyampaikan taklimat mengenai keadaan keselamatan semasa kepada Baginda.

“Saya menyampaikan taklimat kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai keadaan ketenteraman awam dan keselamatan.

Post a Comment

0 Comments