K'jaan Pulau Pinang berjalan seperti biasa


KERAJAAN
Pulau Pinang komited terhadap gagasan Pakatan Harapan (HARAPAN) dan akan terus menggalas tanggungjawab mentadbir negeri itu bagi kepentingan rakyatnya.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata kerajaan negeri berpendirian mandat rakyat adalah keramat dan perlu dihormati semua pihak.

“Kerajaan Pulau Pinang turut menyokong kepemimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri di bawah PH,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Kon Yeow menghadiri mesyuarat tergempar DAP yang dipengerusikan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng, di Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur semalam.

Susulan perkembangan politik semalam, timbul tanda tanya sekiranya berlaku perubahan pimpinan di peringkat negeri.

Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan difahamkan tidak terjejas dengan perubahan lanskap politik susulan tindakan Bersatu meninggalkan Pakatan Harapan (HARAPAN) seperti diumum semalam.

Manakala kerajaan di beberapa negeri antaranya Perak, Melaka dan Kedah berisiko untuk runtuh.

Post a Comment

0 Comments