Iraq dilanda fenomena turun salji


PENDUDUK di Iraq dikejutkan fenomena salji turun awal minggu ini.

Memetik laporan media, penduduk seolah-olah tidak percaya dengan fenomena tersebut dan menganggpnya sebagai kejadian ajaib kerana ia turun di negara beriklim panas itu.

Biarpun agak kerap berlaku di pergunungan utara Iraq, fenomena ini disifatkan asing bagi kawasan tengah dan selatan negara Arab itu, kali terakhir Iraq turun salji ialah pada 2008.

“Gelombang sejuk ini datang dari Eropah,” kata ketua media Jabatan Meteorologi Iraq, Amer al-Jaberi ketika mengulas fenomena tersebut.

Susulan fenomena itu, penduduk di Iraq memenuhi kawasan lapang sambil lihat pokok kurma diliputi salji selain Dataran Tahrir di pusat bandar yang diduduki khemah perusuh antikerajaan.

Menurut Al-Jazeera, penduduk Baghdad lebih terbiasa dengan suhu panas berbanding sejuk pada suhu setinggi 51 darjah selsius.

Beberapa tahun kebelakangan ini, Iraq mengalami perubahan iklim ekstrem.

Pada 2018, Iraq mengalami masalah kekurangan bekalan air yang teruk, Namun tahun lalu, mereka terpaksa berhadapan banjir besar yang merosakkan rumah dan tanaman, lapor Al-Jazeera.
 

Post a Comment

0 Comments