SEORANG ibu tiada lagi pilihan melainkan meminta jasa baik rakyat Malaysia agar dapat membantu anaknya.
Nurul Ashafiqah Azlan, 23, seperti dilapor portal Sinar berharap kita dapat meringankan bebannya menjaga dua anak dengan membeli choco jar yang dijualnya bagi menanggung kos rawatan dua anaknya itu.
Menurut Nurul. anak sulungnya Nur Iman Fitriah Abdullah berusia 2 tahun menghidap penyakit sawan saraf sejak berusia tiga bulan manakala anak keduanya Mohamad Iman Khalifah, 19 bulan pula menghadapi masalah autisme.
Selain berdepan masalah perbelanjaan harian, dia dan suami buntu memikirkan kos merawat Nur Iman .
Nur Iman Fitriah difahamkan sering diserang sawan lebih dari lima kali setiap hari dan kini hanya terbaring.
Kanak-kanak itu yang mengalami rabun kronik hanya boleh makan dan minum susu khas menggunakan tiub yang disalurkan melalui hidung.
“Nur Iman tidak boleh makan dan minum kerana rongga mulutnya tertutup dan sebab itu dia hanya boleh minum susu khas.
"Untuk beli susu khas itu saja kami memerlukan sehingga RM500 sebulan. Susu itu mahal, ditambah pula kami perlu ulang alik ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini setiap bulan dan Hospital Kuala Lumpur, tiga bulan sekali," katanya.
Sebelum ini Nurul berkata, dia bersama suami berniaga tauhu begedil namun tidak dapat diteruskan kerana modalnya agak tinggi.
"Jadi sekarang saya jual choco jar pula. Kadang-kadang saya dan suami mengutip tin, kotak dan pelbagai barang terbuang yang boleh dijual.
"Dulu kami suami isteri memang bekerja di sebuah kedai serbaneka tapi terpaksa berhenti kerana kerap sangat ambil cuti kecemasan bagi urusan membawa Nur Iman berulang alik ke Hospital," katanya dipetik laporan itu.
Choco Jar dijual pasangan itu dijual hanya pada harga antara RM2 hingga RM5 sebekas.

Sementara itu menurut Nurul, dia sememangnya menerima bantuan bulanan sebanyak RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) dan juga bantuan lampin pakai buang dan susu daripada Baitulmal.
Bagaimanapun katanya, bantuan Baitulmal yang diterima kini sudah ditamatkan.
"Kami kini sedang dalam proses buat permohonan baru, harapnya dipermudahkan. Rumah sewa kami ini pun dah lama tertunggak yang kini mencecah RM2,450," katanya yang tinggal di Pangsapuri Rakyat Seri Perdana Paroi dekat Seremban.
0 Comments