Dua maut dirempuh kereta lawan arus


DUA penunggang motosikal maut manakala seorang lagi parah selepas motosikal yang ditunggangi mereka dirempuh sebuah kereta yang dipandu melawan arus.

Dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Thean Teik, Air Itam, Pulau Pinang pada Selasa, dua mangsa yang meninggal dikenali sebagai Song Lin Na, 41, dan Zainudin Ahmad berusia 58 tahun.

Kedua-duanya dilapor meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah akibat dilanggar kereta yang dipandu lelaki berusia lingkungan 20-an.

Seorang lagi penunggang motosikal, Muhamad Faiz Abd Rashid,21, cedera parah dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, siasatan awal mendapati kereta yang dipandu lelaki berusia 20 an itu datang dari arah Wisma Yatim menghala ke arah Farlim.

Pemandu berkenaan dikatakan telah memandu melawan arus dan masuk ke laluan bertentangan di Jalan Thean Teik sebelum melanggar tiga buah motosikal yang bergerak dari Farlim ke Jalan Air Itam.

Menurutnya, hasil ujian alkohol yang dijalankan keatas pemandu kereta negatif dan pemandu tidak berada di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian. Namun siasatan lanjut masih dijalankan.
 

Post a Comment

0 Comments