Bekas pemain ragbi dipercayai bakar Isteri, 3 anak


SEORANG
wanita dan tiga anaknya terbunuh setelah dibakar hidup-hidup dalam sebuah kereta.

Kejadian itu yang berlaku di Brisbane, Australia dipercayai dilakukan suami mangsa, yang merupakan seoang bekas pemain ragbi.

Wanita terbabit, Hannah Clarke, 31, meninggal dunia di hospital di Brisbane, beberapa jam selepas tiga anaknya berusia tiga, empat dan enam ditemui mati dalam sebuah kereta di tepi jalan.

Akhbar The Australian dalam laporanya berkata, suaminya, Rowan Baxter,42, yang turut terbunuh, dikatakan menyimbah petrol ke atas kenderaan itu sebelum membakarnya. Bekas pemain pasukan New Zealand Warriors itu dilapor berjaya keluar, namun ditemui mati di laluan pejalan kaki berhampiran.

Menurut akhbar sama, Clarke berjaya melompat keluar dari kereta yang terbakar dan berguling atas tanah sambil berkata, “dia menuang petrol ke atas saya”.

Pihak berkuasa yang menyifatkan insiden itu sebagai amat ngeri berkata, mangsa segera dikejarkan ke hospital dengan kesan melecur teruk tetapi menemui ajak akibat kecederaannya.

Penyiasat Polis Queensland, Inspektor Mark Thompson, berkata Baxter mati akibat melecur dan kecederaan daripada tindakannya melukakan diri sendiri.

“Berdasarkan maklumat yang diperoleh, kami percaya Clarke dan tiga anaknya dibunuh manakala tiada kecurigaan mengenai kematian Baxter,” katanya lagi.

Sementara itu, jurucakap Perkhidmatan Ambulans Queensland, berkata seorang orang awam yang cuba membantu mangsa kebakaran turut mengalami kesan lecur pada mukanya dan dibawa ke hospital.

Adik ipar Clarke, Stacey Roberts, memulakan kutipan derma bagi menampung kos pengebumian dan membantu ibu bapa Clarke, yang menurutnya sudah berputus asa cuba membantu mendiang anak mereka berpisah dengan Baxter. 

Post a Comment

0 Comments