LELAKI warga emas maut manakala seorang wanita cedera parah selepas kereta Proton Saga dinaiki terputus dua.
Dalam kemalangan di Kilometer 27.3 Lebuhraya Seremban-Port Dickson jam 6.39 pagi semalam, Md Marzuki Md Pilus,65, dari Bandar Sunggala, Port Dickson disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintendan Ibrahim Abdul Kadir berkata, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari arah Teluk Kemang menuju ke Seremban.
![]() |
Keadaan kereta dipandu Marzuki |
"Sebuah kereta jenis Mercedes yang datang dari arah sama tidak sempat mengelak dan melanggar kereta dipandu mangsa," katanya dipetik.
Susulan rempuhan itu, Md Marzuki dan penumpang wanita tersepit dan terpaksa dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba.
Sementara itu pemandu dan penumpang kereta Mercedes yang cedera dihantar ke HPD untuk rawatan lanjut.
Menurut Ibrahim, pihak polis menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
0 Comments