Pelumba motosikal Rali Dakar maut kemalangan


PELUMBA
motosikal warga Portugis, Paulo Goncalves meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan Rali Dakar di Arab Saudi.

Berita kematian penunggang berusia 40 tahun itu diumumkan penganjur.

Goncalves menyertai Rali Dakar kali ke-13 sejak tampil buat pertama kali pada 2006 itu terjatuh selepas menungang sejauh 276 kilometer pada peringkat khas dari Riyadh ke Wadi Al Dawasir.

“Pihak penganjur menerima amaran pada pukul 10.08 pagi dan mengerahkan helikopter perubatan yang tiba di lokasi penunggang pada pukul 10.16 pagi dan mendapati beliau tidak sedarkan diri selepas mengalami serangan jantung,” kata penganjur.

“Selepas usaha pemulihan dilakukan, peserta dibawa dengan helikopter ke Hospital Layla di mana beliau disahkan meninggal dunia.

“Semua yang terlibat dengan Dakar mengucapkan takziah kepada rakan dan keluarga beliau,” tambah kenyataan itu.

Goncalves menamatkan perlumbaan pada kedudukan 10 teratas pada empat Rali Dakar dan menduduki tempat kedua pada 2015 di belakang pelumba Sepanyol, Marc Coma.

Pelumba berpengalaman itu telah berlumba di tiga benua pada Rali Dakkar, dari lokasi asal di Afrika ke Amerika Selatan dan pada tahun ini ia merupakan penampilan pertama di Timur Tengah.

Post a Comment

0 Comments