TIGA penunggang motosikal maut dalam kemalangan jalanraya di Kilometer 201 arah barat ke Maran Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) malam tadi.
Nahas kira-kira jam 9.01 malam membabitkan lima kenderaan motosikal di Kilometer 201 arah barat ke Maran itu mengorbankan Azlee Mat Daud, 39; Muhammad Amirul Faris Abdullah, 25 dan Syamil Nazir, 32
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Noor Yusof Ali berkata, kesemua mangsa dalam perjalanan dari arah barat ke Maran melalui LPT.
![]() |
Kad Pengenalan mangsa |
"Mereka lalu terjatuh di lorong laju menyebabkan tiga daripadanya cedera parah dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)," kata Mohd Noor dipetik laporan sebuah portal.
Sementara itu difahamkan, ketika kejadian cuaca baik manakala kadaan lalulintas di lokasi kejadian pula dilaporkan lancar.
Dalam kejadian itu, dua lagi penunggang turut cedera, bagaimanapun maklumat mengenai mereka belum diperoleh.
Susulan kejadian itu, pihak polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
0 Comments