MAYAT pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Chendering, Tengku Mohd Afiq Tengku Muhazan, 20, yang dikhuatiri lemas di Pantai Pandak telah ditemukan.
Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Bomba Terengganu, Mohd Mazimi Mohamad berkata mayat mangsa ditemukan pada jarak satu kilometer daripada Pos Kawalan Bomba (PKB) oleh pasukan penyelamat yang menggunakan ski jet kira-kira jam 6.25 petang semalam.
"Mangsa ditemukan terapung berdekatan benteng pemecah ombak tidak jauh daripada lokasi mangsa pertama iaitu rakannya, Mohd Nor Hishamudin Nor Saidi, 21, ditemukan malam tadi.
"Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke hospital bagi tindakan selanjutnya," katanya menurut laporan Bernama.
BACA: 5 penuntut UiTM dihanyut ombak laut
Sekumpulan lima Universiti Teknologi Mara (UiTM) Chendering dihanyutkan arus deras dalam kejadian 6 petang semalam, bagaimanapun 3 daripada mereka berjaya menyelamatkan diri.
Mayat Mohd Nor Hishamudin, ditemukan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) semasa melakukan rondaan pada 9.50 malam Sabtu.
0 Comments