PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan solat hajat khas bagi memohon dan mendoakan agar Malaysia terselamat dari bencana koronavirus.
Solat hajat itu dilakukan susulan seruan beberapa ilmuan Islam termasuk Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad baru-baru ini yang menyarankan agar solat hajat bagi memohon perlindungan Allah S.W.T itu dilakukan.
Melalui perkongsian di laman Facebooknya, Anwar mengharapkan usaha dilakukan itu mendapat perkenan Allah agar rakyat negara ini dielakkan dari bencana itu.
“Semoga usaha kecil ini dapat membebaskan Malaysia daripada wabak koronavirus yang berlaku ketika ini,” kata Anwar.
Selain solat hajat, majlis ilmu turut diadakan dengan dihadiri kira-kira 100 orang.
Sebagai rekod, Anwar kerap mengadakan solat berjemaah dan majlis ilmu secara minggu dia kediamannya.
BACA: Anwar mahu k'jaan pantau pelancong China
Sementara itu, beberapa pihak turut menyambut saranan dibuat Dr Zulkifli sebelum ini.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun mengumumkan bahawa seluruh masjid di negeri itu akan menganjurkan solat hajat serentak bagi memohon agar Malaysia dilindungi oleh Allah SWT, daripada penularan penyakit 2019 Novel Koronavirus.
Sementara kesemua sekolah di Johor pula diminta untuk melaksanakan solat hajat khas bagi mendoakan perlindungan dan keselamatan rakyat di negeri ini daripada jangkitan Koronavirus.
Di Kuala Terengganu, lebih 200 jemaah menunaikan solat hajat di Masjid Al-Muktafi Billah Shah malam tadi bagi memohon perlindungan dari wabak tersebut.
0 Comments