SEORANG kanak-kanak ditemukan mati dalam ruang pendaratan sebuah pesawat.
Memetik laporan agensi berita antarabangsa, kanak-kanak itu ditemui sejurus pesawat
Air France mendarat di Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Paris, pada 7 Januari lalu.
Tambah laporan itu lagi, mayat kanak-kanak itu dijumpai pada pukul 6.40 pagi (waktu tempatan), setengah jam selepas pesawat jenis Boeing 777 tersebut dijadualkan mendarat.
Kanak-kanak yang diklasifikasikan sebagai penumpang gelap itu dipercayai terperangkap dalam ruang gear pendaratan pesawat AF703 dari Abidjan, Ivory Coast.
Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti identiti kanak-kanak yang dipercayai seorang warga Afrika.
Air France dalam pada itu melahirkan simpati di atas tragedi yang meragut nyawa kanak-kanak tersebut.
0 Comments