Gunung berapi Taal keluar asap putih


GUNUNG berapi Taal di Filipina mencatatkan lebih banyak gegaran dan aktiviti vulkanik di bawah permukaan.

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (PHIVOLCS) merekodkan 486 gempa bumi termasuk empat kekerapan yang rendah dalam tempoh 24 jam.

"Peningkatan aktiviti seperti itu menandakan pergerakan berterusan magma di bawah Taal yang mungkin membawa kepada letusan lagi," kata pemantau itu dalam satu kenyataan.

Ketua PHIVOLCS, Renato Solidum yang dipetik agensi berita turut berkata, gunung berapi Taal melepaskan asap putih tebal sekitar jam 5 pagi.

Semua aktiviti di kawasan gunung berapi itu mengekalkan status amaran kekal di tahap kedua tertinggi yang diistihar pihak berkuasa sebelum ini iaitu letusan  boleh berlaku dalam beberapa jam atau hari.

Pihak berkuasa juga sementara itu membuat pemantaun di kawasan berisiko tinggi dalam radius 14 kilometer dari kawah utama gunung berapi tersebut.