Bahang perang di Rantau Teluk makin hangat.


PERGELUTAN diantara dua kuasa ketenteraan dunia, Amerika Syarikat dan Iran dilihat semakin runcing.

Beberapa hari selepas insiden 'pembunuhan' komander tertinggi Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC), Qasem Soleimani, belum ada tanda kemelut yang dicipta itu akan reda.

Kedua-dua pihak nampak angkuh, Presiden Amerika melalui akaun Twitter rasminya mengancam Iran agar tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap pembunuhan Qasem sekiranya tidak mahu negara mereka di serang.


Amaran Donald Trump itu dibalas pemimpin tertinggi Iran Ali Hosseini Khamenei bahawa "tindak balas yang keras menunggu" Amerika.

Rakyat Iran mahu balas dendam
Dikalangan warga Iran sendiri timbul perasaan cemas apabila bendera merah dikibarkan di sebuah masjid syiah. bendera merah yang dikibarkan itu dipercayai isyarat peperangan akan berlaku.

Apakah perang dunia ketiga akan tercetus hanya kerana mahu mempertahankan Qasem?


Amerika hantar pesawat pengebom


Sementara itu, sememangnya situasi di kawasan Teluk itu semakin tidak menentu.

Amerika yang terkenal dengan sikap angkuhnya dilapor telah mengerah enam pesawat pengebom, B-52 ke sebuah pulau di Lautan Hindi, Diego Garcia.

Setiap pesawat direka untuk membawa senjata besar termasuk peluru berpandu, bom kawalan laser, bom konvensional dan bom graviti nuklear.

Fox news dalam laporannya semalam berkata, langkah menghantar pesawat pengebom ke Diego Garcia susulan peningkatan ancaman daripada Iran selepas serangan udara membunuh jeneral tentera syiah itu.

Dapat dijangka tindakan Amerika itu akan melanjutkan lagi konfik dengan negara Iran.

Bendera merah isyarat perang dikibarkan
Petanda perang juga semakin kuat apabila Amerika dilapor tidak akan mengeluarkan tenteranya dari negara Iraq, negara jiran Iran yang dimusnahkan sebelum ini.

Sementara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pula membuat keputusan berbeza.

Seorang pegawai NATO yang dipetik Rauters berkata, langkah itu susulan kebimbangan berlaku ketegangan berikutan serangan dron Amerika Syarikat (AS) yang membunuh Qasem sebelum ini.

“Kita mengambil semua langkah wajar untuk melindungi petugas. Ini termasuk penempatan semula sementara sebahagian pegawai ke lokasi lain dalam dan luar Iraq,” katanya Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg.

Beberapa negara yang menempatkan tentera mereka di kawasan bergolak di Iraq turut dilapor telah menggerakkan anggota dan aset ketenteraan mereka ke tempat lebih strategik.

Kementerian Pertahanan Croatia berkata, 14 pasukan tentera di Iraq telah dipindahkan ke Kuwait di tengah ketegangan yang melambung. Manakala Perancis menurut Aljazeera menegaskan untuk tidak mengurangkan jumlah anggota di Iraq.

Potensi berlakunya perang


Persoalannya sejauh mana potensi bakal berlakunya peperangan antara Amerika dan Iraq?

Pakar dari kumpulan Eurasia, sebuah firma perundingan antarabangsa sebelum ini menggambarkan Iran mempunyai insentif bagi membuat serangan terhadap Amerika.

Menurut mereka, Iran mempunyai keupayaan menggunakan proksinya bagi mensasarkan kepentingan komersial Amerika di rantau itu atau sekutu negara 'Uncle Sam' itu bahkan kepada tentera atau diplomat Amerika di rantau tersebut.

Dengan apa yang berlaku, firma perundingan itu meletakkan peluang tercetusnya konfrantasi ketenteraan kedua-dua negara pada tahap 40 peratus.

Namun apa yang pasti, jika kedua negara terlibat dalam peperangan antara satu sama lain, ia berpotensi untuk menjadi konflik paling buruk dalam sejarah peradaban dunia.
|
Peperangan antara Amerika dan Iran hanya akan memangsakan pihak lain

Post a Comment

0 Comments