KIRA-kira 2,500 orang penduduk Bahamas telah dilaporkan sebagai hilang susulan badaian dahsyat taufan Dorian yang melanda kepulauan itu baru-baru ini.
Angka itu diumumkan Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan dalam satu sidang akhbar seperti dilapor media Turki Anadolu.
Bagaimanapun, jurucakap agensi itu, Carl Smith berkata, senarai itu masih belum dimuktamad, dan perlu diperiksa bersama daftar individu kerajaan yang berada di pusat perlindungan serta orang lain yang telah dipindahkan.
Sukarelawan menyelamatkan penduduk dengan jetski |
Pihak berkuasa merekodkan angka kematian rasmi seramai 50 orang tetapi menjangkakan ia bakal meningkat susulan kerja-kerja mencari mangsa di sebalik runtuhan bangunan, manakal Persatuan Palang Merah Antarabangsa (IRC) memaklumkan kira-kira 13,269 kediaman dilaporkan musnah atau rosak teruk di Grand Bahama dan Abacos.
Seorang pegawai bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula menganggarkan kira-kira 70,000 atau hampir seluruh populasi penduduk di kawasan terjejas perlu bantuan segera.
Ribuan penduduk yang hilang tempat tinggal turut menyuarakan kekecewaan kerana kelewatan usaha pemindahan dan penyaluran bantuan oleh pihak berwajib negara itu.
0 Comments