TIADA sebab untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil memberi sebarang penjelasan kepada rakyat berhubung kes video intim yang dikaitkan dengan Mohamed Azmin Ali yang beberapa siri videonya tular sebelum ini.
Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Syed Badli Shah Syed Osman berkata, Anwar juga tidak perlu melayan desakan penyokong Azmin, Mohd Nazree Yunus yang mendesak Ahli Parlimen Port Dickson itu memberi penjelasan berkaitan kes membabitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi berkenaan.
Sebaliknya tegas Syed Badli, Azmin lah yang perlu berani untuk tampil membela diri dan memberi penjelas kepada rakyat berhubung tuduhan bahawa beliau merupakan individu dalam video tersebut.
“Sebaliknya yang perlu tampil memberi penjelasan, membela diri dan menepis fitnah tersebut adalah pemimpin yang terkait itu sendiri.
“Nazree sepatutnya menasihati pemimpin terbabit untuk tampil membela diri dan membersihkan namanya.
“Bukan sekadar berceramah retorik tanpa sebarang tindakan,” katanya Syed Badli dalan satu kenyataan.
Terdahulu, Mohd Nazree dalam satu menggesa Anwar memberikan penjelasan mengenai kenyataan seorang penyokong Azmin, Zuraida Kamaruddin berhubung pendirian Anwar terhadap video itu.
Sebagai rekod, seorang individu dalam video tersebut, Haziq Abdullah Abdul Aziz secara terbuka melalui satu video mengakui Azmin sebagai pasangan seksnya dalam video berkenaan.
Namun sehingga kini rakyat masih tertanya-tanya berkenaan kes tersebut kerana siasatan terhadap kesahihan video itu seolah-olah terlalu perlahan.
Anwar pada Julai lalu pernah membuat kenyataan menasihati Azmin bercuti jika Bekas Menteri Besar Selangor itu adalah individu dalam video berkenaan. Namun dalam masa serupa Presiden KEADILAN itu mengalu-alukan kesediaan polis menyiasat kesahihan video berkenaan sebelum tindakan lanjut boleh diambil.
0 Comments