SATU strategi masa
panjang sedang dirangka Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) sebagai
usaha untuk membina pembangunan tenaga kerja yang mampan untuk masa
hadapan.
Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata, langkah itu
juga bertujuan untuk menangani isu guna tenaga tidak penuh
(underemployment) yang semakin meruncing dalam kalangan graduan tempatan
yang jika tidak ditangani segera berpotensi menjadi masalah jangka
panjang yang serius bagi negara
“Semenjak pandemik, isu guna
tenaga tidak penuh telah meningkat dengan ketara. Pada suku tahun kedua
tahun ini, kadar guna tenaga tidak penuh mencatatkan 37 peratus,
berbanding 32.8 peratus pada suku tahun kedua 2019.
“Bakat yang
sepatutnya ditempatkan dalam industri berkemahiran STEM dan TVET atau di
universiti kini tidak berada di tempat yang sepatutnya. Ramai graduan
kekurangan maklumat dan kemahiran khusus, seperti kemahiran insaniah,
yang diperlukan untuk transisi dari pengajian ke pekerjaan,” kata.
Beliau
sebelumnya hadir ke program YES! Rock the School Mega Penang 2024
disempurnakan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul
Razak di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia di Nibong Tebal
pada Isnin.
Inisiatif itu bertujuan untuk melengkapkan
anak-anak muda dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk
berjaya dalam laluan kerjaya mereka, seterusnya memperkukuh tenaga kerja
masa hadapan
"Dianggarkan lima peratus daripada tenaga kerja iaitu kira-kira 750,000 pekerja, berada dalam kategori guna tenaga tidak penuh.
"Sekiranya
produktiviti mereka berkurang sebanyak 20 peratus kerana kemahiran yang
tidak sesuai, negara tegasnya mungkin kehilangan produktiviti setara
dengan 150,000 pekerja.
“Ini berpotensi menyebabkan penurunan
pertumbuhan KDNK sebanyak satu hingga 1.5 peratus atau sekitar US$ 4.2
bilion hingga US$ 6.3 bilion dalam output ekonomi setiap tahun,"
tambahnya lagi.
0 Comments