PIHAK berkuasa polis sedang memburu dua lelaki yang terlibat kejadian samun di sebuah kedai dobi berhampiran Bandar Sri Damansara awal pagi Khamis.
Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, dalam kejadian pada jam 12.10 tengah malam itu, seorang pereka grafik bersama rakannya didatangi dua individu yang mengancam sebelum menyamun mereka.
"Seorang suspek kemudian merampas beg galas mangsa dan rakannya. Malah suspek berkenaan turut bertindak melarikan kereta mangsa jenis Perodua Myvi.
"Antara kerugian dialami mangsa adalah wang tunai RM200, enam telefon bimbit, dokumen pengenalan diri, kunci rumah dan kenderaan.
"Bagaimanapun, mangsa dan rakannya tidak mengalami sebarang kecederaan ekoran kejadian itu," katanya dalam satu kenyataan.
Kedua-dua suspek menutup muka mereka dengan menggunakan kain bagi menggelakkan wajah dikenalpasti namun aksi mereka sempat dirakam litar tertutup (CCTV) di kedai berkenaan.
Mohd Zani berkata,kedua-dua suspek adalah berketinggian 170cm dan berbadan kurus.Suspek turut membawa senjata iaitu sebatang kayu berwarna coklat.
Susulan itu, polis sedang giat memburu suspek terlibat dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
0 Comments