MALAYSIA dipilih sebagai tuan rumah temasya Sukan Elektronik Dunia (WESG) Asia Pasifik 2019-2020.
Temasya yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid dari 3 hingga 5 Januari depan dijangka bakal disertai 260 pemain dari 58 negara.
Pada temasya itu, empat permainan elektronik akan dipertandingkan iaitu DOTA2 (Defenders of the Ancients), Counter Strike: Global Offensive (CS GO), Starcraft 2 dan Pro Evolution Soccer (PES).
Ia akan menawarkan hadiah wang tunai US$300,000 (RM1.248 juta) serta tiket ke pusingan Grand Final WESG di China yang juga akan diadakan pada tahun hadapan.
WESG merupakan inisiatif, Alibaba Sports, anak syarikat gergasi e-dagang China, Alibaba Group, manakala final WESG Asia Pasifik dianjurkan bersama dengan Esports International Group (EIG) dari Hong Kong, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan SBS Events.
Pengarah Kanan Global Esports, Alibaba Sports, Jason Fung, dalam sidang media sebelum ini berkata WESG Asia Pasifik buat pertama kali dianjurkan di luar China.
"Sokongan luar biasa daripada semua rakan kongsi kami membolehkan Malaysia dipilih sebagai negara tuan rumah," katanya dipetik.
0 Comments