lelaki rentung dalam kebakaran kereta wira


SEORANG lelaki berusia lingkungan 50-an rentung selepas kereta dinaiki terbakar di Taman Batu, Kuala Lumpur, malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur yang dipetik laporan Metro dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan yang memaklumkan insiden itu pada 8.12 malam.

Susulan itu sepasukan anggota bomba telah dikejarkan ke tempat kejadian.

“Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang diketuai Komander Operasi Penolong Kanan Penguasa Bomba, Wan Mohd Shahrir Azizi Wan Said dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati kereta Proton Wira sedang marak terbakar.

"Anggota mendapati terdapat seorang lelaki berusia 50-an rentung di bahagian tempat duduk pemandu,” katanya.

Tambah kenyataan itu, kebakaran berjaya dipadam sembilan minit kemudian.

Kereta terbabit musnah 90 peratus dan pihak bomba kini sedang menyiasat punca kejadian.

Setakat ini, identiti lelaki berkenaan masih tidak diketahui.

Post a Comment

0 Comments