SEORANG koperal polis menangis teresak-esak dan merayu supaya hukuman dikenakan terhadapnya kerana 'menggelapkan' kes curi kambing diringankan.
Tertuduh, Shahrul Sufian Mohd Jaini, 33, sebelumnya dijatuhkan hukuman denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban siang tadi selepas membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan pilihan di hadapan hakim Madihah Harullah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bertugas di Pondok Polis Sungai Kelemah Gemas, Daerah Tampin didapati menerima wang tunai RM3,000 daripada Mohd Azmil Abdul Manaf, 37, pada 10 September tahun lalu, yang mana ia ada kaitan dengan tugas rasminya sebagai anggota polis.
Mengikut fakta kes, tertuduh meminta wang rasuah berkenaan sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap pengadu berkenaan yang dikatakan bersubahat bersama dua rakan dalam kes mencuri kambing.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah restoran di pekan Gemencheh Baru.
Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Terdahulu, prosiding yang dikendalikan pegawai pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Zainab yahaya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukumannya diringankan dengan alasan dia menanggung kedua ibu bapa yang menghidap penyakit kronik selaian dua anaknya juga akan memulakan sesi persekolahan pada tahun hadapan.
Madihah pada penghakimannya kemudian menjatuhi hukuman denda RM5,000 terhadap tertuduh serta lapan bulan penjara sekiranya gagal melunaskan jumlah berkenaan.
Sufian sementara itu meminta ampun dan menyuarakan penyesalanya kepada mahkamah terhadap kesalahan yang pertama kali dilakukan itu.

0 Comments