CUBAAN memburuk-burukkan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui fitnah terbahru semalam dianggap sebagai tindakan terdesak.
Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, ia adalah usaha lemah untuk menghuru-harakan parti itu menjelang Kongres Nasional yang akan diadakan.
Mengulas lanjut, Farhash berkata, sidang media melibatkan seorang individu bernama Muhammad Yusuff Rawther itu ialah helah bekas ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN, Badrul Hisham Shaharin.
Badrul atau lebih sinonim dengan panggilan ‘Chegubard’ didakwa kini menjalin kerjasama dengan penyelidik terbabit yang juga cucu kepada Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM), Allahyarham SM Mohamed Idris.
“Muhammad Yusuff seorang bekas penyelidik sukarelawan yang dipecat kerana masalah disiplin.
"Inilah contoh manusia hina dan tidak kenal erti budi serta sanggup dipergunakan demi agenda tersendiri,” kata Farhash menerusi kenyataan semalam.
Terdahulu, Muhammad Yusuff menerusi sidang media hari ini, mengemukakan surat akuan bersumpah ditandatangani pada 19 November lalu mendakwa diganggu seksual oleh Anwar pada 2 Oktober 2018 kira-kira jam 2-3 petang di pejabatnya dekat Petaling Jaya.
Namun semakan mendapati, pada tarikh berkenaan, Anwar berada di Port Dickson sepanjang hari untuk kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen kawasan itu.
0 Comments