SEKURANG-kurangnya tujuh penunjuk perasaan ditembak mati di Baghdad pada lewat kelmarin selepas sekumpulan lelaki tidak dikenali melakukan serangan berhampirabn kem utama bantahan di Badhdad.
Memetik laporan AFP, penunjuk perasaan telah berasa bimbang kemungkinan keganasan berlaku sejak Khamis, ketika ribuan penyokong pasukan tentera Hashed al-Shaabi turun ke Dataran Tahrir dalam satu pertunjukan perpaduan.
Pada awal kelmarin, tunjuk perasaan antikerajaan telah berada dalam keadaan agak tenang, dengan sebahagian menyatakan kehadiran ulama telah memastikan rali itu tidak bertukar menjadi kekecohan.
Namun pada waktu malam, sekumpulan lelaki bersenjata di dalam trak pikap me-nyerang sebuah bangunan besar berhampiran jambatan Al-Sinek di mana penunjuk perasaan antikerajaan telah berkhemah selama beberapa minggu, sekumpulan saksi menurut laporan itu.
Lelaki bersenjata memaksa penunjuk perasaan keluar dari bangunan dan tembakan peluru hidup dapat didengari selepas perbalahan.
Televisyen negara me-laporkan bangunan itu telah dibakar “oleh lelaki tidak dikenali”.
Anggota medik, yang sebelum ini mengesahkan tiga orang maut, berkata beberapa penunjuk perasaan lain telah tercedera dan menjangkakan jumlah kematian akan meningkat.
Seorang medik wanita di sebuah klinik berhampiran menyatakan beliau telah me-rawat sekurang-kurangnya lima orang yang mengalami kecederaan ringan akibat tikaman.
Kematian terbaharu me-ningkatkan jumlah kepada lebih 430 maut dan hampir 20,000 tercedera sejak tunjuk perasaan antikerajaan meletus pada 1 Oktober.
0 Comments