ISU tidak puas hati Timbalan Presiden KEADILAN, Mohammed Azmin Ali yang tidak terpilih untuk merasmikan kongres Angkatan Muda KEADILAN (AMK) bulan depan menjadi semakin haru-biru.
Selepas berlaku perang mulut antara kepimpinan AMK, seorang lagi penyokong Azmin dilapor media sebagai membuat kenyataan yang boleh dilihat sebagai ugutan.
Baru Bian, yang juga merupakan Pengerusi KEADILAN Sarawak dalam satu kenyataan berkata, selagi isu tersebut tidak diselesaikan, Konvensyen negeri yang dijadualkan 23 November ini di Miri, terbatal.
Sebagai respon terhadap kenyataan berunsur ugutan itu, Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution menegaskan, ugutan itu seolah-olah kembali kepada politik cara lama.
"Kita tak buat keputusan melulu kenyataan media dan beri ultimatum (kata dua) kepada pimpinan parti.
"Sebab itu kita anjurkan datang ke mesyuarat. Bila datang mesyuarat, semua kita boleh bentangkan di atas meja.
"Baru Bian adalah anggota biro politik dan dia boleh tanya, minta penjelasan. Jadi saya syor Baru Bian sebagai pengerusi (PKR) Sarawak untuk datang ke mesyuarat biro politik yang seterusnya, dan beliau bebas untuk menyuarakan apa-apa persoalan," katanya.
Tambah Saifuddin, isu tidak memilih Azmin untuk merasmikan Kongres AMK adalah tertakluk kepada keputusan sayap pemuda parti itu sendiri.
Semua keputusan AMK jelasnya terletak pada kebijaksanaan dan persetujuan mereka.
"AMK yang jemput, mereka yang tentukan usul, pembahas dan tema. Ini semua urusan AMK.
"Jadi isu apa yang dia ingin bangkitkan? Isu (pembatalan) jemputan kepada Azmin?
"AMK yang jemput, mereka yang tentukan usul, pembahas dan tema. Ini semua urusan AMK.
"Jadi isu apa yang dia ingin bangkitkan? Isu (pembatalan) jemputan kepada Azmin?
"Kita bagi penerangan bahawa Kongres AMK ialah urusan AMK,"
tegasnya lagi.
0 Comments