Ponteng, orang tak panggilah - Anwar sindir Azmin


KENYATAAN
Timbalan Presiden KEADILAN, Mohammed Azmin Ali mengundang reaksi Presiden parti itu, Anwar Ibrahim.

Anwar diminta mengulas kenyataan Azmin berhubung kewujudan 'tangan ghaib' dibelakang tindakan Ketua Angkatan muda KEADILAN yang tidak memili merasmikan kongres AMK menyelar kenyataan itu.

Menurutnya, apa-apa keputusan dibuat didalam parti itu adalah diputuskan melalui persetujuan hasil perbincangan.bersama termasuk hal kongres yang dibincangkan sendiri oleh sayap parti itu.


Tambahnya, sebarang rasa tidak puas hati atau rungutan boleh dikemuka Azmin pada mesyuarat parti itu.

"Apa-apa pun mesyuarat biro politik diadakan dua kali sebulan atau (secara mingguan), mesyuarat MPP (Majlis Pimpinan Pusat) setiap bulan. Semua boleh beri pandangan, semua boleh bantah, tolak. 

"Mungkin dia tengok dari langit, bulan," kata Anwar.

Ahli Parlimen Port Dickson itu sebelumnya ditemui di Konvensyen PKR Terengganu dan Kelantan yang diadakan di Kuala Terengganu, semalam.

Azmin sebelum ini menimbulkan kekecohan apabila mendakwa  pembatalan jemputan untuknya merasmikan kongres AMK bulan hadapan sebagai didalangi pihak tertentu.

Tambah pemimpin yangd ikaitkan dengan usaha mewujudkan kerajaan 'pintu belakang' bersama beberapa pemimpin termasuk dari Umno itu, ia sebagai usaha menutup mulutnya.

Azmin dan penyokong dari kem-nya sebelum ini pernah menimbulkan kontrovesi lain apabila enggan hadir ke mesyuarat tertinggi parti dalam beberapa tempoh sehingga mereka diberi amaran.

Dalam pada itu, Anwar membandingkan ketidakhadiran Azmin dengan wartawan yang tidak hadir ke mesyuarat editorial.

"Anda media, tak pernah datang mesyuarat. Jadi editor tak panggillah anda," katanya lagi.

Post a Comment

0 Comments