Pemilik suara Aki meninggal dunia


PELANTUN
suara Aki dalam cerita Pada Zaman Dahulu dan Pak Mail dalam filem Geng: Pengembaraan bermula, Datuk Alias Lazan meninggal dunia semalam.


Berita sedih itu dimaklumkan Les' Copaque Production Sdn Bhd dalam kenyataan di laman Facebook.

"kami mendapat berita menyedihkan iaitu pelakon suara untuk watak Pak Mail (Geng) dan Aki (Pada Zaman Dahulu) telah meninggal dunia.

"Sama-sama kita doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan marilah kita sedekahkan Al-Fatihah," tulisnya.

Difahamkan, Alias menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang, Selangor selepas subuh semalam.

Karya animasi Pada Zaman Dahuluyang  mengisahkan mengenai watak seorang datuk yang sering bercerita kisah teladan kepada dua cucunya diminati ramai kerana unsur nasihat yang diketengahkan.

Susulan itu berita kematian Alias membuatkan peminat animasi bersedih dan ruang komen posting itu dibanjiri ucapan takziah dari warganet.
 

Post a Comment

0 Comments